Masa tu umur kita 12 tahun kan? Awak selalu 'call' rumah sebab saya tak ada HP.
Tapi bila saya dah 14 tahun, saya dapat HP masa awal tahun.
Kita selalu bergayut, main SMS. Bila saya RINDU awak, mesti awak 'call' saya.
Bila kita dah 15 tahun, kita baru 'declaire couple' (6.5.2005) saya ingat lagi =)
Lama kita bercinta, nak jumpa susah sebab awak di MELAKA, saya di SELANGOR.
Awak jarang layan saya, kadang-kadang baru dapat SMS awak @ awak 'call'
Bila saya balik Melaka, awak tak nak pun jumpa saya. Sedih sangat-sangt masa tu.
Saya jadi bosan & 'fedup' mungkin sebab kita masing-masing masih muda.
Saya tak pernah fikir panjang, darah muda nak 'enjoy' je kan.
Masa kita nak SPM, tahun 2007. Saya buat hal, saya ada orang lain.
Selama ni saya pentingkan awak, tapi kali ini saya lebihkan orang ketiga tu.
Mungkin sebab lelaki tu lebih menjaga saya dari awak & lelaki tu dekat.
Awak marah sangat, semua gambar,surat & hadiah dari saya awak bakar.
Tapi kemarahan awak tak lama, selepas tu awak tetap cari saya.
Tapi saya malu, malu sangat-sangat nak bersama dengan awak.
Walaupun hakikat saya nak awak kembali dan masih sayangkan awak.
Sebelum SPM, masa raya. Saya balik kampung. Awak nak jumpa saya.
Masa tu bulan puasa lagi, awak jumpa saya kat tepi laut.
Terharu sangat sebab awak bagi saya beg tangan. Cantik betul.
Walaupun saya ada buat salah, awak tetap anggap saya kekasih awak.
Awak tak pernah lupakan saya, saya BERTUAH dapat awak.
Selepas SPM, saya balik MELAKA. Saya bertanya pada awak..
"Masih adakah ruang di HATI awak buat saya?"
Awak menjawab "kenapa tanya macam tu? awak sendiri tahu kan"
Awak suka jawab samar-samar. Saya sendiri tak faham maksud awak.
Malam tu kita jalan-jalan bersama. RINDU teramat sangat dengan awak.
Selepas tu saya bekerja di JAYA JUSCO.
Saya terlampau sibuk sehingga awak saya tak 'contact' langsung.
Awak ada hubungi saya, tapi saya abaikan semua.
Akhirnya saya ada bercinta dengan budak JUSCO.
Selepas itu, saya menganggap awak sebagai kawan.
Kerana awak jarang mengungkap kan SAYANG.
Saya masih muda, baru 18 tahun. Memang tak faham maksud awak.
Selepas berumur 19 tahun, saya mencari awak kembali.
saya hubungi awak sebab RINDU sangat. Awak tak pernah buat saya macam lelaki-lelaki lain yang saya bercinta. Mungkin ini balasan buat saya. Akhirnya awak sendiri berkata yang awak tak boleh lupakan saya. Dan awak ingin kita seperti dahulu.
Saya sedar kesilapan saya pada awak terlalu banyak.
Insya allah, saya akan setia menanti awak walaupun awak di Sarawak sekarang.
Menjadi yang pertama di hatimu dan terakhir dalam hidupmu insya allah =)
Dan kita sudah 21 tahun, sudah 9 tahun perkenalan kita sayang..
sWeEtNyEr....sOo..kItEr kEnA La hArGaI CiNtA E2...jGaN SeSekAlI CuRaNg..oKeYh..??? hEhEhE...=) PeAcE No wAr....(^_^)
0 comments:
Post a Comment